Tuesday, April 24, 2012

Pengalaman Interview Keje 1...

Hai sume... hehehe... semoga sihat sumenye.. emm.. sy nak cite sikit pengalaman sy semasa interview keje ni.. hehehe.. pada 30/03/2012, sy dapat 1 interview sebagai Assistant Chemical Engineer di PP Chemicals Sdn Bhd, Kulai, Johor... ni adalah interview pertame sy semasa final semester ni... Dipendekan cite, tempat pkul 9.30 pagi sy smpai di company ni.. interview sy tu pkul 10 pagi.. sy pn masuk ke dalam pejabat.. hehehe.. mase tu ade la pekerja diorg tgk sy ni mcm pelik je.. maybe sy pkai smart kot... hahahahaha.... pastu aku msuk  dalam pejabat dan msuk ke bilik interview... hehehe... sejuk panas sejuk panas rase badan sy.. mmg cuak la.. hehehe.. pastu ade seorg perempuan melayu dan seorang lelaki cina masuk... mereka pn knlkn diri mereka.. mase tu perasaan sy takut sgt... dah la ade cina ni.. confirm kne speaking nie... hhuhuu.. pastu, perempuan tu pn speaking la... 'Tell me about yourself"... sy pn ape lg.. trus speaking dgn ketar kaki... hahahaha.... pastu yg perempuan tu pn tnye sy mengenai pengalaman kerja semasa praktikal kt BP Petronas Acetyls... lepas hbs sume jwb soklan yg perempuan tu tnye, manager cina tu pn trus tnye sy bile sy boleh mula kerja??? next week boleh keje??? ... huhuhu.. dia tnye dalam bahasa melayu je.. x speaking pn... dlm hati sy ckp selamat dh aku hri ni... hahahahha..... ingtkn dia speaking... hihihihi... pastu sy jwb sy x boleh keje lg sb sy masih belajar dlm semester akhir... bln July bru la sy boleh mula keje... hehehe... dia pn ckp xpela... dia nk tggu sy pada bln July nie... hehehe.. pastu hbs la sesi interview... hehehe.. sy pn kuo pejabat tu dan trus balik ke hotel utk kemas2 brg utk balik trus ke Dungun, Trg... mse tu cuti pertenggahan semester... hehehe.. tu saje cite yg boleh sy kongsi pengalaman interview keje sy yg pertame... hehehe... 

Saturday, April 21, 2012

I'm backk.. hahaha

Salam... hampir 1 tahun tidak update blog ni.. hahaha.. hari terbuka hati untuk update.. hehehe.. sekarang sy berada last semester untuk mendapatkan segulung Ijazah Sarjana... itulah impian sy sejak kecil lagi.. masih ingat lagi semasa berada di sekolah rendah.. cikgu tanya, che norrizuan, ape cita2 kamu??? sy pn dengar penuh semangat jawab.. sy mahu jadi jurutera... hehehe.. tu la kenangan mase sekolah rendah dulu... memang meriah.. emmmm... InsyaAllah, pada bulan Oktober nanti sy akan graduate.. tidak sabor menunggu hari yang penuh sejarah dalam hidup sy.. sekarang ni, sy tengah sibuk dengar projek Plant Design... letih, penat, pening.. sume ade... hehehehe.. bese la kan, untuk jadi seorang engineer ni bknnye mudah... bak kata pepatah melayu... bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.. hehehe... sy rase setakat ni saje untuk hari nie..

Friday, April 29, 2011

Final Exam ohh.. Final Exam...

Final Exam... Minggu ini adalah minggu yg aku paling sibuk.. hari2 ngadp buku kt libary.. huhuhu... nampak je rajin ni tapi malas pn ade jgk.. tapi, dengan kesabaran yang dikurniakan oleh Allah S.W.T, aku kuatkan semangatku untuk belajar sepanjang hari.. Keletihan, kepenatan, kesakitan dan macam-macam lagi aku terpaksa lalui.. ini semua adalah dugaan dan cabaran bagi diriku.. Ilmu adalah hak milik Allah S.W.T yang perlu kite pelajari sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat(Agama). Ibadah tanpa ilmu adalah sia-sia.. sekian...

Saturday, October 16, 2010

Kehilangan Seseorang.... Kesedihan....

Pada pukul 1.42 p.m (16/10/2010), satu mesej masuk dalam handfone saya.. Rupa-rupanya abang saya yang hantar.. Saya terus membacenya... Setelah membace mesej itu, hati saya bagai nak jatuh.. Abang saya bagitahu bahawa guru saya dah meninggal dunia pagi tadi... Saya terasa amat terkejut dengan mesej itu.. Lalu saya menghubungi abang saya... Saya terasa amat sedih dan kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan guru yang saya amat sayangi... Arwah sgt baik dengan family saya.. Arwah banyak mengajar saya tentang Ilmu Ketuhanan... Saya tidak pernah jumpa guru macam arwah.. Semoga Allah S.W.T tempatkan guru di kalangan orang-orang yang soleh...

Saturday, August 21, 2010

Siapa yang ikut baca al-Quran?

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
Rencana Kosmo (22/08/2010)

INI cerita pengalaman seorang sahabat. Ia berlaku lama dahulu ketika dia masih menuntut di sebuah pusat pengajian tinggi terkemuka di Selangor.

Setiap kali tiba Ramadan dan berkumpul untuk berbuka bersama, pasti cerita ini akan meniti di bibir rakan-rakan yang pernah tinggal sebilik dengannya.

Entahkan ujian atau gurauan alam, dua kali Ramadan di kampus tersebut, dia mengalami perkara yang sama.

Sahabat ini, biar dinamakan Aida sahaja, memang gemar mengaji al-Quran. Ada waktu terluang, pasti kitab suci itu yang akan menjadi temannya.

Menjadi amalan rutin selepas bersolat tarawih di masjid berhampiran, Aida akan meluangkan masa kira-kira sejam untuk membaca al-Quran.

Suatu malam, seperti biasa, Aida duduk di satu sudut di dalam masjid.

Sudah bertahun, semenjak semester pertama lagi, tempat itu menjadi kegemarannya.

Jauh daripada laluan orang ramai dan agak sunyi untuknya menghayati ayat-ayat suci tersebut tanpa gangguan.

Setelah beberapa minit membaca, Aida perasan ada seseorang yang duduk di belakangnya.

Dia sendiri tidak sedar sudah berapa lama wanita berbaju putih itu duduk betul-betul di belakangnya.

Tanpa mempedulikan wanita yang memakai tudung seperti wanita Arab itu, Aida meneruskan bacaan.

Apa yang pasti, wanita itu hanya menunduk setiap kali Aida mengerling ke arahnya.

Cuma, cerita Aida, dia terasa pelik kerana wanita itu mengikut bacaannya dalam nada perlahan namun masih jelas di telinga Aida.

Dibiarkan saja wanita itu begitu. Lagipun, getus hati Aida, suaranya cukup merdu. Tapi apabila ada bacaan Aida yang tidak kena, wanita itu akan menegur.

Imbas Aida, wanita itu akan membaca semula ayat yang salah tadi dan membetulkannya tetapi dalam nada tegas.

Meskipun hairan, Aida mengikut sahaja bacaan seperti yang dibetulkan oleh wanita itu.

Aida sendiri langsung tidak terasa hendak menoleh ke belakang lagi.

Setelah hampir satu jam lebih dan bacaan juzuk itu berakhir, Aida menutup al-Quran dan berpaling untuk berterima kasih pada wanita itu.

Alangkah terkejutnya dia kerana tiada sesiapa pun di belakangnya. Apa yang tinggal hanya bauan wangi di tempat duduk wanita itu.

Setahun berlalu dan Ramadan kembali. Aida masih dengan rutinnya membaca al-Quran sementelah tahun tersebut, dia mengambil beberapa subjek berkaitan pengajian dan tafsir al-Quran.

Hinggalah satu malam, dia seolah-olah dikejutkan untuk bangun bersolat malam dan bertahajud.

Mula-mula Aida menganggap ada rakan sebilik yang menarik ibu jari kaki kanan atau berbisik di telinganya agar dia bangun pada pukul 3.30 pagi.

Anggapannya meleset kerana apabila ditanya, tiada seorang pun rakan yang mengaku mengejutkan Aida.

Sejak itu, dia merupakan orang yang paling awal bangun sama ada untuk bersahur atau solat Subuh.

Ujar Aida, mahu memikirkan hantu, ia hanya berlaku pada bulan Ramadan, yang lazimnya hantu, iblis dan syaitan didakwa dibelenggu pada bulan mulia itu.

Bagi menyedapkan hati, Aida menganggap wanita yang mengaji bersamanya itu adalah jin Islam yang sama-sama mahu menghayati kalam suci itu.

Kali terakhir penulis berjumpa Aida, dia masih ditemani wanita tersebut pada waktu tertentu sepanjang bulan Ramadan.

Friday, August 20, 2010

Dialog pasal Puasa....

Assalamualaikum... Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T, sudah hari ke-10 kita berpuasa. Syukur kepada Allah S.W.T kerana dapat memberi peluang untuk berkongsi sedikit maklumat mengenai ibadah puasa ini. Disini saya ingin menceritakan satu kisah benar yang dialami oleh diri saya sendiri. Saya disini bukan hendak menunjuk-nunjuk kepandaian. Saya hanya ingin berkongsi cerita. Kisahnya bermula di dalam kelas. Pensyarah bagi rehat beberapa minit sebelum menyambung pengajaran didalam kelas. Ada seorang classmate saya yang beragama Kristian yang bertanyakan mengenai Puasa. Classmate saya ini perempuan yang berasal dari Sarawak yang berbangsa cina. Dia tidak pernah bercakap dengan saya sebelum ini. Ikuti dialog ini:

Classmate: U berasal daripada mane?

Saya : Saya berasal daripada Terengganu. U?

Classmate: Saya dari Sarawak. U tahu x pasal makanan yang popular kat Sarawak?

Saya: Tahu la sikit-skit. Kek lapis Sarawak je yang saya tahu. Tu pun sebab saya ada kawan yang bekerja di Sarawak. Dia selalu balik beli kek lapis.

Classmate: ooo... macam tu... Apa makanan popular kt Terengganu?

Saya: emmm.. keropok lekor dan nasi dagang..

Classmate: ooo... sedap x?

Saya: eh, sedap la..

Classmate: u muslim??

Saya: ya.. muslim.. kenapa?

Classmate: tidak ape.. U berpuasa????

Saya: Yalah... Kenapa?

Classmate: Emm... u x rase lapar ke berpuasa ni? Dari pagi sampai petang x makan dan minum...

Saya: Rasa sikit-sikit saja..

Classmate: Kenapa boleh rase sikit saja?

Saya: Adalah sebabnya..

Classmate: Apa Sebabnya?? Sedangkan u x makan n minum pun....

Saya: Sebabnya saya sentiasa berzikir kepada Allah S.W.T. Zikir adalah makanan bagi orang yang berpuasa..

Classmate: ooo.. Apa tu zikir???

Saya: Zikir adalah mengingati Allah S.W.T..

Classmate: ooo.. macam tu. Dalam agama kristian tidak ada puasa... Puasa ini memang tidak boleh makan n minum ker??

Saya: Puasa ini bukan hanya tidak makan n minum sahaja.. Puasa ini adalah menahan nafsu kita terhadap larangan Allah S.W.T.. Pendek kata semua anggota badan kita ini perlu berpuasa.

Classmate: ooo.. Ingatkan hanya tidak makan n minum..

Selepas itu, pensyarah pun menyambung pengajaran.. Alhamdulillah dapat saya ceritakan sedikit pasal ibadah puasa kepada yang ingin mengetahui terutama yang beragama lain.. Yang benar itu datang dari Allah S.W.T.. Yang salah itu dari nafsu saya.. Saya hanya Insan yang lemah.... Sekian..

Tuesday, August 17, 2010

Dugaan, Kepenatan.....

Assalamualaikum... emmm, mggu ini adalah minggu yang sangat penat dan banyak dugaan. Kesibukan pasal hal2 dunia ini tidak habis2. Maklumlah aku seorang pelajar. Oleh itu, aku perlu kuat semangat untuk menempuhinya walaupun di Bulan Ramadhan yang berkat ini. Keseimbangan adalah di perlukan untuk menentukan kebahagian hidup di dunia mahupun di akhirat.

Minggu ini banyak kerja perlu disiapkan dan banyak test yang perlu aku tempuhi. Masa bagi aku amat suntuk. Walau sesaat pun amat berguna bagi aku. Tetapi, aku akan cuba kuatkan semangat untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan ini. Aku akan cuba untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T walau dalam sebarang keadaan.

Kehidupan di dunia ini pelbagai keadaan yang kita dapat lihat. Cuba kita fikirkan. Kebanyakan orang di dunia ini mudah lupa akan akhirat. Sedangkan mereka mengetahui bahawa kehidupan di sana adalah kekal, di dunia hanyalah sementara. Cuba kita fikirkan.