Tuesday, August 17, 2010

Dugaan, Kepenatan.....

Assalamualaikum... emmm, mggu ini adalah minggu yang sangat penat dan banyak dugaan. Kesibukan pasal hal2 dunia ini tidak habis2. Maklumlah aku seorang pelajar. Oleh itu, aku perlu kuat semangat untuk menempuhinya walaupun di Bulan Ramadhan yang berkat ini. Keseimbangan adalah di perlukan untuk menentukan kebahagian hidup di dunia mahupun di akhirat.

Minggu ini banyak kerja perlu disiapkan dan banyak test yang perlu aku tempuhi. Masa bagi aku amat suntuk. Walau sesaat pun amat berguna bagi aku. Tetapi, aku akan cuba kuatkan semangat untuk menempuhi segala cabaran dan dugaan ini. Aku akan cuba untuk sentiasa mengingati Allah S.W.T walau dalam sebarang keadaan.

Kehidupan di dunia ini pelbagai keadaan yang kita dapat lihat. Cuba kita fikirkan. Kebanyakan orang di dunia ini mudah lupa akan akhirat. Sedangkan mereka mengetahui bahawa kehidupan di sana adalah kekal, di dunia hanyalah sementara. Cuba kita fikirkan.

No comments:

Post a Comment