Sunday, August 8, 2010

Makrifat

Adapun erti Tauhid itu mengesakan Zat ALLAH Taala dan mengEsakan SifatNya dan mengEsakan Asma`Nya dan mengEsakan Afa`al-Nya.

Adapun erti makrifat itu mengenalkan yakni mengenal Zat-Nya yg Wajibal Wujud dan mengenalkan setengah daripada Sifat Kamalat Tuhan yg tiada terhingga banyaknya dan mengenal setengah daripada Afa`alNya yg mengadakan Mumkin daripada tiada kepada ada dan daripada ada kepada tiada.

Maka menegenal ini difardhukan atas tiap2 mukallaf yg `akil baligh lelaki atau perempuan kerana setengah daripada permulaan yg wajib atas tiap2 mukallaf mengetahui dan belajar dan mengajar akan dia sebagaimana sabda Rasulullah SAW yg bermaksud :

"Permulaan agama itu ialah mengenal ALLAH"

Yakni mengenal setengah SifatNya yg wajib lagi sabit bagi Zat Tuhan kita; dan yg mustahil padaNya dan harus padaNya seperti difatwakan oleh Imam Sanusi Rahimallahi Taala dengan katanya:

"Dan wajib atas tiap-tiap mukallaf pada syarak mengetahui barang yg wajib pada hak Tuhan dan barang yg mustahil padaNya dan barang yg harus padaNya dan demikian juga pada hak segala Rasul `Alaihi SholaatuWassalam."


Maka dengan mengenal yg demikian itu barulah sah ibadatnya. Ini diambil faham daripada sabda Rasulullah yg bermaksud:

"Tiada sah ibadat melainkan kenal Tuhan yg diibadat akan Dia."


Tetapi bukanlah disuruh kenal itu Kunhi(Ain) Zat ALLAH Taala kerana Kunhi Zat ALLAH tiada dapat oleh pendapat segala makhluk melainkan Nabi kita Muhammad SAW ketika ia mikraj jua seperti Firman ALLAH :


"Tiada mendapat akan DIA(ALLAH) oleh segala penglihatan sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui segala hakikat) segala penglihatan.."(Surah Al-An`am:103)

No comments:

Post a Comment